#5 Bara Perubahan :)

Bismillah, pagi ini sejadah itu kembali jadi saksi syahadah subuh :)

Lepas SPM ni, tengok sahabat-sahabat ramai mula 'kenal' diri masing-masing, termasuk yang tukang tulis, mula 'jumpa' diri sendiri.
Alhamdulillah, ilmu-ilmu, tarbiah-tarbiah di sekolah dulu rupanya menanti zaman sekolah berakhir untuk benar-benar meresap dalam jiwa masing-masing.

Mabruk. Tahniah untuk yang mula langkah mengislah diri, Allah hitung USAHA  tu sendiri, bukan natijah.

Kalau orang kata nak buang tatu di kulit tu SAKIT,
nak buang tatu dosa di hati lagi PERIT.

Berubah ni aku umpamakan macam kita nak buat bara.
Nak hidupkan arang tu punya lah susah......Makan masa, kan ?
Bila dah hidup, senang pulak tu nak terpadam...Kena jaga betul-betul, kena perhati bara tu sentiasa, kan ?

Hah, macam ni lah kita. Nak berubah tinggal 'the old us' tu bukan senang kan ?
Jadi sekarang bila dah mula jumpa ruang pengislahan tu, jagalah niat sentiasa.
Jaga 'bara' perubahan kita kerana ia mudah terpadam.
Nyalakan sentiasa dengan tazkirah yang tak putus-putus, usrah, macam-macam boleh guna untuk jaga nyalaan bara perubahan kita ni. Sebab kita manusia biasa, yang imannya yazid wa yanqus. Bertambah dan berkurang. Mudah lupa, ya, itu KITA.
Sebab itu kita perlukan tazkirah - peringatan.
Untuk elak sindrom-sindrom 'lupa' ini menyerang iman ;)

Syeikh Mustapha Masyhur once said :
"Asleh nafsaka wad'u ghairuka"
(Perbaiki diri kamu, dan serulah yang lain...)

InsyaAllah, usaha-usaha boleh jadi bukti masa menghadap Dia di mahkamah Akhirat  ^^

0 penconteng:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author