Aku, engkau, kita sama-sama manusia.

Well said.

Memang kita, manusia, merancang.
Kerana yang hidup tanpa perancangan umpama bangkai bernyawa.
Mati, pada hakikatnya.

Ya, kita bermatlamat.
Kerana mukmin tanpa matlamat umpama si buta yang memandu kenderaan. Kenaderaannya bergerak, tapi tanpa pandu arah yang tepat. Kemungkinan untuk tersalah laluan adalah besar. Dan risiko kemalangan, melonjak tinggi.
Begitu kita jika hidup tanpa matlamat. Tersilap jalan, terputus asa, bakal menemani hari-hari yang menyusul dalam hidup kita.

Kita lupa?
Seringkali, kita merasakan kitalah yang paling kenal akan diri kita sendiri.
Lupa, lupa bahawa kita tidak mencipta diri sendiri. Lupa akan hakikat kita ini dari tangan Pencipta Agung, yang zat-Nya berdiri dengan sendiri tanpa penciptaan suatu zat lain. Kita lupa, akan hakikat hamba yang berasal dari sekepal tanah liat hitam yang busuk.
Kita gah menongkat langit, sedang nanti bila saat roh dijemput pergi, tempat kita bukan sekadar di tanah. Malah diperut bumi !

Kita ego. Kita angkuh dengan kenyataan asal hidup kita ini hanyalah dari setitis air hina, yang bilamana jatuh ketanah ayam tak patuk, itik tak sudu. Tidak bernilai.
Tubuh sasa, ramping yang kita bangga-banggakan, seluruh jasad kita, asalnya hanyalah dari tanah. Tanah yang kita pijak, kita injak saban hari.
Kita lupa akan hakikat itu, kerana saban waktu kita angkuh mendongak ke langit.

Kecintaan Pemilik Cinta
Allah itu Pencipta kita. Tentu-tentu, Dia mengenal kita lebih dari segalanya.
Seorang ibu, mengenali anaknya sedari anak itu 2 minggu didalam rahim. Atau lebih awal.
Pergerakannya, tumbesarannya, ulahnya, semuanya sang ibu mengerti. Hinggakan tika saat bayi itu lahir, membesar, segaris wajahnya berubah riak si ibu tahu apa tersirat.

Subhanallah. Allah kenal kita lebih dari itu.
Allah tahu SEGALANYA-apa yang baik, apa yang tidak untuk kita. Lantaran itu, Dia hadirkan 1001 hukum. Yang ini wajib, yang ini sunat, yang itu makruh, yang itu haram. Kerana Dia tahu segalanya.

Analoginya begini-Mark Zuckerberg, mencipta Facebook. Maka sudah tentu dialah manusia yang paling faham dan arif akan atur guna laman tersebut, bukan ? Sehinggalah kepada 'hidden part', semua dia arif.
Dia juga mengawal pengkalan data. Dia tahu akan SEMUA flow di Laman Mukabuku itu.
Kerana dia pencipta. Pemilik mutlak.

Itu analogi tentang betapa Dia faham kita, makhluq ciptaanNya.

Namun, kita mungkin 'terlupa' akan segala hakikat itu. Ya, kita tahu. Benar. Tapi kita 'lupa', mungkin. :)

Mara? Atau kebelakang semula
Maka ambillah sedikit masa, muhasabah kembali matlamat perjalanan kita. Periksa semula, adakah kita di jalan yang membawa kita mendekati matlamat hakiki ?
Jika ya, teruskan langkahan. Walau jalanan ditaburi duri-duri melukakan.

Tapi jika jawapannya tidak, duduk, bermuhasabahlah. Koreksi semula apa yang kita inginkan dari kehidupan sementara ini. Cari 'u-turn', berpatah baliklah. Mendekatlah semula dengan matlamat mencari redha dan cinta Tuan Kehidupan.
Tersilap langkah itu bukan masalah. Yang menjadi masalah adalah bila kita terus melangkah di jalan yang salah. Ego, angkuh untuk merendah diri dan berpatah ke belakang.

0 penconteng:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author