#3 hutang ?

Bismillah. Mata ini masih terang melihat bumi, Alhamdulillah.

Pernah tak anda membaca post-post orang lain di facebook/twitter/blog/ mana-mana sahaja, dan anda rasa 'sesuatu' dengan post tersebut?
Sesuatu yang saya maksudkan...erm...contohnya rasa insaf? Timbul rasa ingin muhasabah bila membaca?
Sejak-sejak SPM tamat, saya sering alami situasi ini.
Semacam ada pakatan yang bertebaran di sana-sini berusaha menarik roh agar benar-benar kenal diri, kenal tuhan, agar mula apply ilmu-ilmu yang ada.
Alhamdulillah, anda yang juga ada perasaan yang sama, panjatkanlah setinggi-tinggi syukur. Kerana dalam jutaan manusia, Allah pilih untuk 'memanggil' kita.
Persetan sahaja mereka yang terus-menerus berdegil, yang penting kita.
Bukan pula akhawat kita boleh dibiarkan terus hanyut terleka, tapi nak bina rumah kena bina tiangnya dahulu, bukan? Jadi, nak betulkan orang, diri sendiri kena betul dahulu.
Bukanlah nak tunggu sempurna baru nak dakwah, kalau macam tu sampai kiamat tiba pun takkan ada orang berdakwah. Sebab selepas rasulullah s.a.w, memang sudah tiada insan kamil atas muka bumi ni :)

Huh, menyimpang sudah. Berbalik kepada tajuk, HUTANG.
Jujurnya, dalam menjadi 'saya yang baru' ini, saya terlalu banyak terhutang jasa dengan mereka.
Selepas rasul junjungan, para sahabat, ibu bapa adalah insan teratas sebagai penyalur inspirasi buat wadah perjuangan. Turut saya kira sebagai inspired people buat saya, beberapa insan yang memang lansung tiada pertalian darah dengan saya sendiri - Guru-guru yang bukan sekadar mu'allim disekolah, tapi turut berusaha menjadi murabbi. Itu antara nya lah.

Puan Nurul Huda Abdullah, beliau benar-benar 'petunjuk'. Seperti maksud namanya.
Antara yang paling kerap mentarbiah, mengajak hati mendekati Dia melalui pelbagai medium. Guru biologi, tapi bagi yang pertama kali melihat akan menyangka beliau 'ustazah'.Serius ;)
Beliau insan paling bertanggungjawab membuka hati melihat cantiknya bertudung labuh dalam semua keadaan, relevannya tarbiah islami itu dalam setiap situasi dan indahnya sabar dalam setiap ujian.
Saya sendiri pernah ada 'masa hitam'.Dan saya dapat lihat keluhuran guru-guru yang setia.Bukan semua berjiwa murabbi seperti beliau.
Hidup dengan beliau memang tak nampak kewujudan 'double-standard'. Begitu hasil proses tarbiah yang beliau jalani dengan istiqamah. Saya sering lihat suatu aspek yang saya tak rasa student beliau yang lain nampak ;)
Semoga Allah memberi sebaik-baik balasan atasnya, merahmati kehidupan beliau hingga akhirat sana.

Sahabat di SMA-MAIWP, Farina Amira Tarmizee.
Sering sahaja tindakannya secara TIDAK lansung menggiat saya bermuhasabah.Walaupun dia lakukan tanpa niat, saya rasa terpanggil.
Saya kasihkan dia kerana Allah. Juga sahibah-sahibah lainnya, terima kasih.

Saudara Hilal Asyraf, juga antara yang PALING memberi inspirasi.
Muhammad Hilal Asyraf Abdul Razak, seorang penulis muda, penuntut di Universiti of Yarmouk,Irbid,Jordan.
Pemilik website popular langitilahi.com. Dan beliau antara manusia yang saya sering doakan dalam rangkaian doa-doa saya.
Tulisannya benar-benar membuka hati, meresap, dan menggiat jiwa saya untuk benar-benar muhasabah iman, dahagakan tarbiah islami dan mencari bi'ah solehah yang benar-benar mantap. Beliau sering menyebut-nyebut perihal Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah atau MATRI dalam penulisan beliau, dan ternyata MATRI memang terkenal sebagai 'pusat pemproses belia' yang hebat. Searching segala-galanya tentang MATRI, dan saya terpanggil untuk merasai sendiri kehebatan tarbiah disana.
Alf syukran buat saudara hilal, saya memang berhutang banyak dengannya.

Moga Allah izinkan STAM. Saya niatkan STAM sebagai salah satu wasilah untuk saya islah diri, menyambung proses tarbiah, dan kelahiran 'a new ME'. Moga Dia izinkan.
Semoga Allah redha atas saya dan anda semua. Semoga Dia terus kasihkan kita, insyaAllah :)

0 penconteng:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author