Saham Akhirat

Bismillah, Maha Suci Allah yang memberikan nikmat Islam, Iman dan Ihsan keatas hambaNya yang mencari.

Seputar perjalanan tarbawi, pulang ke Baiti Jannati.
Alhamdulillah, Allah izin sampai juga Kuala Lumpur. Walaupun diuji dengan purse yang hilang, beserta duit, i/c, kad-kad ATM, simkad sekali. Alhamdulillah.
Kejadian malam 9 Mac insyaAllah tak dibuang dari ingatan. Allah tarbiyah, dan ingat lagi masa tu tak gelabah pun. Again, Alhamdulillah.

Kalau Allah tak bagi ketenangan masa tu, mesti dah gelabah, mungkin menangis tengah-tengah stesen bas Kangar tu sebab duit dalam poket memang satu sen pun takde.

Allah izin, pemandu bas baik hati bagi naik jugak, sebab hafal nombor seat ;)

Alhamdulillah, perjalanan 9 Mac jam 9.30 malam berakhir selamat di Pudu Sentral, 10 Mac jam 6 pagi.

Balik rumah, mandi, solat, rehat, and kembali bersiap. Get ready untuk Kem Anak Soleh (KASeH) 3 di Kem Bumi Jati, Shah Alam.
Cuma hari itu hanya TOT, briefing untuk para fasilitator.
Jadi kuranglah sikit beban keletihan.

Selesai TOT usai zohor 10 Mac, maka 'selamat' lah si penulis atas riba seorang sahibah, Tasnim Turahim.
Syukran bagi ana pinjam riba ^^

Selesai TOT, singgah rumah seorang sahibah lain, tumpang bermalam disana sementara tunggu KASeH mula petang esoknya. Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Mujahadah mentarbiyah adik-adik lalu bermula.
Dengan hujan mencurah-curah membasuh bumi, pendaftaran KASeH-3 berjalan lancar dengan izin Allah.
Tasbih dan tahmid dipanjatkan atas rahmatNya.

Lalu bermula lah 3 hari 2 malam di Kem Bumi Jati, dengan badan separa gagah ;)

Kalau orang lain, sebagai fasilitator mungkin banyak mengajar. Tapi disana ana yang banyak belajar. Belajar dari adik-adik-peserta KASeH. Alhamdulillah, Dia jualah yang buka hati untuk ana memandang terus dengan mata hati. Hebat adik-adik disana, sekitar 6 hingga 12 tahun tapi sudah lazim dengan pelbagai hadith, sirah-sirah nabawi, hafazan Quran, memang ditarbiyah dengan baik :)

Sungguh, bertemu dan berpisah kerana Allah itu tidak membawa apa-apa melainkan rasa redha dan bahagia.

Letih, tapi puas. Itu sahaja yang dapat diungkap andai ada yang bertanya.
Memang puas dapat sebarkan ilmu yang sangat-sangat-sangat sedikit dalam dada ni.
Kerana tabligh (menyampaikan) itu sendiri sifat wajib bagi Nabi kita. Masakan kita tidak mencuba ?


Post-Mortem Malam Pertama ^^


Rai birthday girl-Fatimah Syakirah :)
May Allah bless you sister.

Suap-menyuap ukhuwah, bak kata timb. kem kom ;)

Calon penghuni syurga, insyaAllah~

Semangat nyanyi lagu tema-Demi Matahari plus gaya ajaran abang Adib Suhor :D



riadhah-explorace-bengkel

tudiaaa, barisan fesi muslimat dan urusetia program <3

Salah satu testimoni.

Sekali lagi, Alhamdulillah. Moga Allah hitung segala mujahadah dengan sebaik-baik perrhitungan.
Jazakumullah khairan kathiran :) 

2 penconteng:

  1. huhu, thanx la noh tolong2
    saya pun kat sne blja jugak^^
    blja utk suke suki ngan bdak2 *tarbiyah yg Allah nk bg utk org yg x suke bdak nie..hehe*
    btw, moga Allah redho dgn keje2 kita nie n dikira sebagai ibadh noh~^^~ *miaw!*

    ReplyDelete
  2. sama2, no biggie lah.
    Dapat manfaat, so, tak kesah la apa pun :)

    InsyaAllah, moga Allah kira apa yang kita buat :)
    Asalkan kita pelihara niat sentiasa, insyaAllah..

    ReplyDelete

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author