Senyum, dan belajar melupakan.

Dengan nama ALLAH, sungguh, Dia sebaik-baik tempat kembali.

Tetamu hati
Alhamdulillah, Allah izin, malam ini ada tamu yang bertandang ke hati.
Tak kisah lah tetamu tu namanya masalah sekalipun, Syukur.
Manusia, memang fitrahnya Allah jadikan mudah lupa. Maka bilamana kesenangan bertapak di sudut hati, tak mustahil manusia 'terlupa' sibghah dengan Sang Khaliq. Fitrah..

Lalu ALLAH yang Maha Menyayangi hamba-hambaNya, mengirim 'peringatan'.
Apakah kita tidak bersyukur dengan masalah yang Dia datangkan khas buat kita? Bayangkan dalam berjuta manusia yang mungkin sedang 'terlupa' Allah dengan Rahmat dan RahimNya mengirim peringatan untuk mengetuk hati kita mengingatiNya semula. Subhanallah.

Bayangkan Dia biarkan kita bersama-sama insan-insan yang 'terlupa', maka pulanglah kita berjumpaNya dalam keadaan muflis diakhirat kelak. Wa'iyazubillah.

Hubungan jarak jauh
Dalam tempoh seminggu, sudah 2 orang salah faham dengan saya hanya kerana 'miscommunication'.
Renyah. Leceh. Susah, memang susah bercakap 'bisu' tanpa suara di medium-medium seperti YM, Facebook dan lain-lain.
Kadang-kadang kita menulis dengan nada begini, tapi orang disebelah sana baca dengan nada begitu !

Tapi tak mustahil juga orang disana menulis begini, saya baca begitu. Boleh jadi.

Kebergantungan
Sejak-sejak result SPM keluar, memang ramai abang kakak berpangkat mahasiswa/siswi yang saya kerap hubungi. Tanya itu-ini. Soal macam-macam.
Dari awal tak terfikir, tapi bila dah jadi baru sedar, ada yang kurang senang.

Maaf, atas keterlaluan saya bergantung pada pertolongan dan buah fikiran kalian.
Andai saya punya abang kakak berderet rasanya memang tak perlu keluar mencari.

Again, maaf. Patutnya dari awal saya fikir kalian di universiti masing-masing sibuk dengan macam-macam hal.
Maka tak kerap sangat mengganggu. Asif jiddan, tak nak ada ukhuwah yang retak. Mahal tau ukhuwah lillah wa fillah~

Senyum, dan belajar melupakan
Kaki masih tetap terus melangkah, walau lembah berduri menyapa kaki.
Senyum masih tetap terus terukir, moga ada jiwa terubat dengan senyuman atas nama Dia.

Melupakan, walau pahit mana pengalaman semalam pandanglah dengan hati yang ikhlas. Akan timbul kemanisan dari secebis iman :)


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
(Maryam 19:96)


Fastabiqul khairat~

0 penconteng:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author