Tak susah nak sabar.

Pernah gaduh tak ?
Aku benci kau - kau benci aku ?

Tak boleh nak dengar lansung nama / apa-apa pasal dia, tengok muka apatah lagi.

Apa rasa dibenci? Sakit? Perit?
Hahaa, not enough. Trust me.
MEMBENCI tu LEBIH sakit, lebih perit. Percaya ?

Cuba bandingkan, bila orang benci kita, kita ada masalah ke nak tengok muka dia ?
Ada masalah ke nak duduk sekali dengan dia ?
Takde masalah rasanya. Sebab yang BERMASALAH tu dia, bukan kita. Kan ?
Biaq piii ahh ngan dia, bukan kita kluaq duit pun. Pahala pun tak berkurang, malah mungkin meningkat bila kita guna senjata SABAR yang Allah sediakan untuk muslim ;)

Tapi................
Bila kita membenci - hidup kita yang serba tak kena.
Rasa serba tak betul je bila tengok muka dia, bila asyik dengar orang sebut-sebut nama dia.
See, siapa lagi terseksa ? Yang MEMbenci ke yang DIbenci ?
Fikir la.

Dan bila dalam situasi ni, MAAF adalah perkara yang buat anda jadi orang paling hebat !
Bercakap berdasarkan pengalaman, maafkan dia kerana Allah.
Serius anda akan dapat rasa 'lega' dan 'lapang' lain macam dalam hati.
Lega dan lapang yang......entah. Takde kata-kata nak gambarkan anugerah Tuan Ketenangan tu.

Maafkanlah orang lain, sebab Allah tak pernah jemu maafkan kita.
Maafkanlah orang lain, sebab dakwah takkan tersebar dengan permusuhan.

Bersyukur Allah izin duduk dalam bi'ah yang baik, selalu dengar sirah-sirah nabawi, dan semua tu lah sumber kesabaran selama ni.
Ada orang ni, bukan benci saya biasa-biasa. Macam-macam dia buat. Dia kreatif, sentiasa ada ja jalan nak sakitkan saya tak kisahlah secara emosi atau fizikal. Ye, tumbuk dan sebagainya.
Saya manusia biasa, tak maksum pun. Jadi kadang-kadang ada je terlepas marah. Tapi selalunya cuba cool depan dia. Hampir tiap-tiap kali dia menyakitkan jiwa memang saya dapat bertenang, dan sumber sabar tu dari kisah-kisah Rasulullah dengan orang-orang kafir yang benci baginda.

Bila nak marah, cepat je kisah nabi sabar dibaling najis menjengah otak.
Bila rasa-rasa angin nak naik, cepat je kisah nabi suapkan wanita buta yang hari-hari kutuk baginda tu muncul pujuk nafsu marah.

Alhamdulillah, nikmat Islam dan Iman.

Allahu Allah. Rasulullah dibaling tahi, boleh je sabar. Eleh ini takat kena umpat, kena 'pulau', small matter. Boleh abaikan je, sebab instead of SATU manusia yang bermasalah tu, ada SEPULUH lagi yang okay. So apa nak heran sangat dengat kuman seberang laut kalau dah gajah depan mata ?

Sabarlah. Moga Allah kira ijtihad kita dalam bersabar tu. Paling kurang sabar tu nanti jadi modal si pembenci untuk muhasabah diri dia bila tengok betapa utuh nya hati kita yang dipasak dengan tiang sabar tu..

Sedangkan batu yang keras pun boleh pecah dan keluarkan air
Inikan pula hati manusia ditangan Allah untuk diubah jadi lembut dan cair.

0 penconteng:

Post a Comment

 

Flickr Photostream

Twitter Updates

Meet The Author